Tuesday, February 2, 2010

Selamat Tahun Baru

Setelah bergerak selama 4 bulan, RoundHill Sound Machine menutup tirai tahun 2009 dengan penuh rasa syukur dan bangga dengan pencapaiaan yang telah dilalui. Walaupun ibarat kanak-kanak yang baru sahaja belajar bertatih, usia 4 bulan ini banyak mengajar dan memberi kami pengalaman yang cukup bermakna sepanjang mengusahakan perniagaan ini. Sesungguhnya kami mengakui yang banyak kekurangan dan pembelajaran yang perlu kami timba lagi untuk masa hadapan. Semoga tahun baru akan memberi makna yang lebih dan rezeki yang melimpah ruah buat kami. Insya Allah. Di sini juga kami ingin memohon kemaafan yang tidak terperi kepada sesiapa sahaja di luar sana sekiranya berlaku ketelanjuran atau kesilapan semasa kami melakukan aktiviti perniagaan ini. Wassalam dan Selamat Tahun Baru 2010.

Ikhlas,
RoundHill Sound Machine

No comments:

Post a Comment