Friday, February 5, 2010

Majlis Perkahwinan Dr Wan Ashraff Bin Wan Zaidi & Nordelaila Bt Nordin

Event : Majlis Perkahwinan Dr Wan Ashraff Bin Wan Zaidi & Nordelaila Bt Nordin
Date : 31 Januari 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Pn. Halimatun
Synopsis : Kali ini, RHSM Crew beroperasi menjayakan majlis raja sehari Dr Wan Ashraff Bin Wan Zaidi dan pasangannya Nordelaila Bt Nordin di Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang. Majlis berjalan penuh meriah dan tersusun. Semoga jodoh kedua mempelai akan terus kekal hingga ke anak cucu. Insya Allah.

Pasangan Raja Sehari Dr Wan Ashraff Bin Wan Zaidi & Nordelaila Bt Nordin

"La bro, takkan nak pasangan lagu Gangster Paradise lak. Lek la bai."

Semoga Allah memelihara jodoh kedua pasangan mempelai

Majlis Perkahwinan Suffian & Syazwani

Event : Majlis Perkahwinan Suffian & Syazwani
Date : 2 Januari 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Shahabudin
Synopsis : Tarikh keramat 02012010, menyaksikan RHSM beroperasi di Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang menjayakan majlis perkahwinan Suffian & Syazwani. Majlis yang meriah diserikan dengan persembahan tarian dan cak lempong amat menarik perhatian ramai. Tahniah buat pengantin dari RHSM Crew. Selamat Pengantin Baru.

Sessi setup bersama team Cak Lempong

Persembahan Silat buat Raja Sehari Suffian & Syazwani

Persembahan Cak Lempong

Persembahan tarian khusus buat pengantin dan para jemputan

Majlis makan beradap pasangan pengantin.
Selamat Pengantin Baru dari RHSM Crew.

Majlis Perkahwinan Ismahanim & Tajul

Event : Majlis Perkahwinan Ismahanim & Tajul
Date : 1 Januari 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Hj. Idris Pain
Synopsis : Ini adalah majlis pembukaan operasi bagi RHSM untuk tahun 2010. Majlis yang berlangsung di Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang berjalan tenang hasil campurtangan dan kerjasama dari pihak Dewan Prima LJT dan pihak keluarga. Semoga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke anak cucu.

Pasangan pengantin pada tanggal 1/1/2010, Hanim & Tajul

RHSM Crew yang pulun bekerja di awal tahun baru, Joe & Don

Persiapan persandingan dari Dewan Prima LJT

Yan Desa Pandan pun ader? Shuffle la Yan!

Thursday, February 4, 2010

RHSM Promo 2010

notakaki : sebarkan kat semua kenalan dan sahabat handai yer. Hehehe ;p

Tuesday, February 2, 2010

Selamat Tahun Baru

Setelah bergerak selama 4 bulan, RoundHill Sound Machine menutup tirai tahun 2009 dengan penuh rasa syukur dan bangga dengan pencapaiaan yang telah dilalui. Walaupun ibarat kanak-kanak yang baru sahaja belajar bertatih, usia 4 bulan ini banyak mengajar dan memberi kami pengalaman yang cukup bermakna sepanjang mengusahakan perniagaan ini. Sesungguhnya kami mengakui yang banyak kekurangan dan pembelajaran yang perlu kami timba lagi untuk masa hadapan. Semoga tahun baru akan memberi makna yang lebih dan rezeki yang melimpah ruah buat kami. Insya Allah. Di sini juga kami ingin memohon kemaafan yang tidak terperi kepada sesiapa sahaja di luar sana sekiranya berlaku ketelanjuran atau kesilapan semasa kami melakukan aktiviti perniagaan ini. Wassalam dan Selamat Tahun Baru 2010.

Ikhlas,
RoundHill Sound Machine

Kredit Buat Yan Desa Pandan

notakaki : terima kaseh dan kredit kepada Yan Desa Pandan yang tak jemu menyokong

Majlis Persaraan Hajah Aida Bt Yusof

Event : Majlis Persaraan Hajah Aida Bt Yusof
Date : 29 Disember 2009
Time : 5.00pm - 12.00am
Location : Villa Garden, Felda Jalan Semarak
Type of Event : Majlis Makan Malam (Dinner)
Customer : Bahagian Tanam Semula & Perladangan (RISDA)
Synopsis : Kali ini RHSM Crew mengelolakan majlis persaraan Hajah Aida Bt Yusof dari Bahagian Tanam Semula & Perladangan (Risda). Majlis makan malam di Villa Garden, Felda Jalan Semarak ini untuk menghargai jasa baik Hajah Aida yang telah lama berkhidmat dengan RISDA. Selamat Maju Jaya dari kami.

Tetamu yang menghadiri Majlis Persaraan di Villa Garden, Felda Jalan Semarak

RHSM Crew yang bertugas, Don & Joe. Ehh!! Cik Atan pon ader??

Ucapan daripada Hajah Aida Bt Yusof

Don selaku Deejay pada malam tersebut. Cheeiitt!!

Majlis Perkahwinan Mohd Ridzuan Abd Ghaffur & Nabilah Ahmad Po'ad

Event : Majlis Perkahwinan Mohd Ridzuan Abd Ghaffur & Nabilah Ahmad Po'ad
Date : 20 Disember 2009
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Mokhtar (Yusuf)
Synopsis : Sekali lagi RHSM Crew berkolabrasi dengan Dewan Prima LJT Crew menjayakan majlis perkahwinan di antara Mohd Ridzuan Abd Ghaffur dan pasangannya Nabilah Ahmad Po'ad. Majlis yang berjalan dengan lancar dan teratur menghangatkan lagi hari bahagia pengantin dan kedua-dua belah pihak keluarga. Selamat Pengantin Baru dari kami, RHSM Crew.

Pelamin yang indah tersedia buat pasangan pengantin
Mohd Ridzuan Abd Ghaffur & Nabilah Ahmad Po'ad

"Ku Sempurnakan Majlis Mu"
Dewan Prima LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang

Bergambar je kejenyer ni. Kerja! Kerja!

Majlis Perkahwinan Mohd Hafiz & Irdarahayu

Event : Majlis Perkahwinan Mohd Hafiz & Irdarahayu
Date : 13 Disember 2009
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Dewan Komuniti Bandar Tun Razak
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Hafiz
Synopsis : Pada hari ini, Dewan Komuniti Bandar Tun Razak menyaksikan hari bahagia buat Mohd Hafiz & Irdarahayu sebagai sepasang suami isteri. RHSM Crew yang terlibat dalam majlis perkahwinan ini mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua mempelai. Kredit juga diberikan kepada saudara Eddy Algojo kerana terlibat dalam usaha urus niaga di antara pengantin dan RHSM Crew. Terima kasih kami ucapkan.

Dewan Komuniti Bandar Tun Razak menyaksikan hari bahagia
Mohd Hafiz & Irdarahayu

RSHM Crew : Ejat & Joe

Eddy Algojo menyampaikan lagu buat pengantin

Seronok betul M.Nasir wannabe ni menyanyi ;p

Dewan Komuniti ni ader WI-FI, jom la layan Blog RHSM..

Majlis Perkahwinan Mohd Fazly Bin Abd Rahim & Norazimah Bt Abdul Aziz

Event : Majlis Perkahwinan Mohd Fazly Bin Abd Rahim & Norazimah Bt Abdul Aziz
Date : 12 Disember 2009
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Flat Sri Perlis, Dato Keramat
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : En. Rahim
Synopsis : Majlis yang berlangsung di Flat Sri Perlis, Dato Keramat menyaksikan hari indah antara Mohd Fazly Bin Abd Rahim & Norazimah Bt Abdul Aziz sambil diiringi oleh RHSM Crew dengan irama-irama yang membangkitkan seri majlis.

Don yang memang sentiasa sibuk melakukan 'hardware setup'

RHSM Crew yang bertugas Joe & Don

The next resident artist RHSM, Firas dengan lagunya Wali Band - Cari Jodoh

Majlis Perkahwinan Siti Rokiah & Aimi

Event : Majlis Perkahwinan Siti Rokiah & Aimi
Date : 6 Disember 2009
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Kampung Petaling Bahagia, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Puan Noriyah Mustapha & Siti
Synopsis : Majlis Perkahwinan Siti Rokiah & Aimi yang berlangsung di Kampung Petaling Bahagia, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Selamat Pengantin Baru kami ucapkan.

Alamak garangnyer.. Senyum sikit bro.. ;p

Joe bersama saudara pihak pengantin

Joe sentiasa bersedia mengawal situasi perjalanan majlis perkahwinan. Caya bro!!

Majlis Perkahwinan Di Nilai Tiga, Negeri Sembilan

Event : Majlis Perkahwinan Di Nilai Tiga, Negeri Sembilan
Date : 5 Disember 2009
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Nilai Tiga, Negeri Sembilan
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Din Catering
Synopsis : Ini kali pertama RHSM Crew beroperasi paling jauh dari kawasan Lembah Kelang. Walaupun perjalanan yang agak jauh, tetapi RHSM tetap menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggannya. Terima kasih kepada brader Din Catering yang memberikan peluang untuk kami terus beroperasi.

Don sibuk menyelenggara balancing bunyi sebelum majlis bermula

Beroperasi di atas pangkin rumah pengantin. Angin sepoi-sepoi bahasa.

Merpati dua sejoli. Selamat Pengantin Baru dari RHSM Crew.

Ejat sibuk melayan permintaan karaoke dari tetamu yang hadir

Resident Artist RHSM beraksi!!

notakaki : Maaf kepada nama pengantin yang tidak dikemukakan, segala kemaskini akan dilakukan secepat mungkin. Harap maklum.

Majlis Perkahwinan Esdira Asjalida & Azrul Hisyam

Event : Majlis Perkahwinan Esdira Asjalida & Azrul Hisyam
Date : 4 Disember 2009
Time : 5.00pm - 12.00am
Location : Villa Garden, Felda Jalan Semarak
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Esdira Asjalida
Synopsis : Kali ini sekali lagi RHSM Crew menjalankan tugas di Villa Garden, Felda Jalan Semarak bagi mengiringi majlis perkahwinan Esdira Asjalida & Azrul Hisyam. Majlis Perkahwinan yang dijalankan secara seated ini berjalan lancar dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyanyi popular Fazli Zainal.

Para hadiran yang memenuhi perkarangan Villa Garden, Felda Jalan Semarak

Malam yang indah untuk majlis perkahwinan berlatarbelakangkan Menara KLCC

RHSM Crew yang mengiringi Fazli Zainal menyampaikan lagu buat pengantin