Thursday, August 19, 2010

Majlis Perkahwinan Noor Syahira & Ahmad Fadzil

Event : Majlis Perkahwinan Noor Syahira & Ahmad Fadzil
Date : 18 Julai 2010
Time : 10.00 am - 5.00 pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Shan Suleiman
Synopsis : Pada 8 Julai 2010 lalu, RHSM Crew bersama-sama warga kerja Permata Wajar bersatu hati mengendalikan majlis perkahwinan kedua-dua mempelai ini. Kami semua berharap pengantin berpuas hati dengan hasil kerja dan layanan yang telah kami berikan. Selamat Pengantin Baru.

Majlis Perkahwinan Hafiz

Event : Majlis Perkahwinan Hafiz
Date : 17 Julai 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Dato' Keramat
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Syam
Synopsis : Tahniah kepada Hafiz yang merupakan rakan se'futsal' kami kerana melangsungkan perkahwinan pada 17 Julai 2010 yang lalu. RHSM Crew tidak mengecewakan semua apabila bertindak mengawal majlis yang penuh keceriaan ini. Majlis yang menyajikan alunan suara pengantin yang sangat comel berkaraoke bersama-sama. Tidak lupa juga sahabat handai yang datang juga bersama-sama menyumbangkan suara mereka. Tahniah kepada pasangan pengantin dari kami, tidak lupa juga kepada sahabat handai yang berhempas pulas menyerikan majlis ini. Selamat Pengantin Baru.

Wednesday, August 18, 2010

Grand Finale Idola Bola 2010 Safwa & Santai Bola Bersama Menteri Belia dan Sukan

Event : Grand Finale Idola Bola 2010 Safwa & Santai Bola Bersama Menteri Belia dan Sukan
Date : 11 Julai 2010
Time : 6.00pm - 6.00am
Location : D'Litar Ampang
Type of Event : World Cup Fiesta
Customer : Syah
Synopsis : Sejarah RHSM bertambah kali ini apabila ditugaskan untuk mengendalikan sistem audio dan mengacarakan pertandingan bola Freestyler sempena malam perlawanan akhir bola sepak World Cup 2010. Dengan berbaju Barcelona menandakan sokongan kepada pasukan Sepanyol, RHSM crew mengawal suasana sepanjang malam bersejarah buat bola sepak ini. Pelbagai acara diatur untuk memeriahkan malam tersebut antaranya pertandingan bola freestyler, kuiz bola sepak, persembahan daripada Ali XPDC/Terrarossa/Empire, persembahan Shuffle dan ucapan dari Menteri Belia & Sukan, Y.A.B Dato' Ahmad Shabery Cheek. Kepuasan memang terpancar di riak muka RHSM crew sepanjang program dijalankan. Semoga kami akan diberi peluang seperti ini lagi untuk mengendalikan program-program seperti ini. Insya Allah..

Majlis Perkahwinan Yati

Event : Majlis Perkahwinan Yati
Date : 10 Julai 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Dewan Wisma Sejarah
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Yati PKNS
Synopsis : Majlis perkahwinan yang menjemput RHSM Crew kali ini dilangsungkan di Dewan Wisma Sejarah, Kuala Lumpur. Majlis yang diserikan dengan persembahan 'Sword Barrel' dari pasukan PDRM khas untuk pengantin lelaki yang merupakan seorang anggota polis. Indah sungguh majlis yang dilangsungkan ditambahkan lagi dengan kek yang sangat cantik. Selamat Pengantin Baru buat kedua-dua pasangan pengantin.

Tuesday, August 17, 2010

RCE Capital Berhad Seminar Part 2

Event : RCE Capital Berhad Seminar Part 2
Date : 5 Julai 2010
Time : 9.00am - 5.00pm
Location : Bangunan AmAssurance, Jalan Lumut, Kuala Lumpur
Type of Event : Seminar (Course)
Customer : RCE Capital Berhad
Synopsis : Seminar kedua dijalankan RCE Capital Berhad dan dibantu oleh RHSM Crew. Semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. Alhamdulillah..

Majlis Perkahwinan Nurul Izza & Nu'man

Event : Majlis Perkahwinan Nurul Izza & Nu'man
Date : 3 Julai 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Mohd Zaki
Synopsis : Tanpa mengira penat lelah menjalani tanggungjawab harian, RHSM Crew dengan penuh dedikasinya menjalankan tanggunjawab menyerikan majlis perkahwinan Nurul Izza dan pasangannya Nu'man di Dewan Prima LJT. Di harap dengan kehadiran kami majlis kedua-dua pengantin ini bertambah meriah dengan alunan irama yang telah kami susun untuk mereka. Selamat Pengantin Baru.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JUPEM '09

Event : Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JUPEM '09
Date : 30 Jun & 1 Julai 2010
Time : 8.00am - 2.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Anugerah (Awards Ceremony)
Customer : JUPEM
Synopsis : RHSM Crew bersama-sama kakitangan Permata Wajar membantu menjayakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JUPEM untuk sesi 2009. Tahniah kepada kakitangan JUPEM yang berjaya menerima anugerah cemerlang dalam kerjaya mereka. Semoga ini akan menjadi pembakar semangat untuk mereka lebih maju di masa hadapan.

RCE Capital Berhad Seminar Part 1

Event : RCE Capital Berhad Seminar Part 1
Date : 28 Jun 2010
Time : 9.00am - 5.00pm
Location : Bangunan AmAssurance, Jalan Lumut, Kuala Lumpur
Type of Event : Seminar (Course)
Customer : RCE Capital Berhad
Synopsis : Kali ini, RHSM membantu RCE Capital Berhad untuk menjalani seminar syarikat mereka. Dengan sistem PA yang lengkap dari RHSM, seminar RCE Capital Berhad dapat berjalan dengan lancar dan jelas. Tahniah.

Thursday, August 12, 2010

Majlis Perkahwinan Puteri Shanaz & Wan Adri Hisham

Event : Majlis Perkahwinan Puteri Shanaz & Wan Adri Hisham
Date : 27 Jun 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Puteri Shanaz
Synopsis : Untuk majlis perkahwinan kali ini menyaksikan atucara majlis yang diiringi kumpulan nasyid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Alun suara penyanyi yang memuji-muji kehebatan Allah S.W.T tidak dapat disangkal lagi. Semoga perkahwinan kedua-dua mempelai mendapat keberkatan dari yang Maha Esa. Insya Allah..

Majlis Perkahwinan Mohd Rasydan & Noor Liyana

Event : Majlis Perkahwinan Mohd Rasydan & Noor Liyana
Date : 26 Jun 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Mohd Rasydan
Synopsis : Majlis perkahwinan kedua-dua mempelai ini menyaksikan persembahan pengantin lelaki menyanyikan lagu 'Biar Bulan Bicara' buat isterinya yang baru sahaja dinikahi. Romantik sungguh. Tapi jangan lupa, ayahanda mereka juga tanpa segan silu menyampaikan lagu buat kedua-dua pengantin. Tahniah juga buat keluarga pengantin ini, di mana semuanya mampu menyanyikan lagu karaoke dengan baik sekali. Tambahan lagi kepada adik perempuan pengantin kita, dah macam Siti Nurhaliza dah. Heee.. Selamat Pengantin Baru dari kami. Semoga kekal ke anak cucu. Insya Allah..

Friday, July 23, 2010

Majlis Perkahwinan Syira & Izzat

Event : Majlis Perkahwinan Syira & Izzat
Date : 20 Jun 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Datuk Mahamad
Synopsis : Kali ini, RHSM Crew beroperasi menjayakan majlis raja sehari saudara Majlis Perkahwinan Syira & Izzat di Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang. Majlis berjalan penuh meriah dan tersusun. Semoga jodoh kedua mempelai akan terus kekal hingga ke anak cucu. Insya Allah.

Majlis Perkahwinan Nadiah & Wan Azmir

Event : Majlis Perkahwinan Nadiah & Wan Azmir
Date : 19 Jun 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Puan Rokiah
Synopsis : Majlis perkahwinan kedua mempelai ini menyajikan persembahan gamelan kepada para tetamu yang hadir. Crew RHSM sentiasa bersedia membantu kumpulan gamelan ini untuk menghiburkan semua tetamu yang hadir di majlis perkahwinan Nadiah & Wan Azmir ini.

Majlis Perkahwinan Saiful & Dalia

Event : Majlis Perkahwinan Saiful & Dalia
Date : 13 Jun 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Yusdayati
Synopsis : RHSM sekali lagi bersama-sama dengan krew Permata Wajar mengelolakan Majlis Perkahwinan Saiful & Dalia pada tanggal 13 Jun 2010. Semoga kekal ke anak cucu, Insya Allah..

Majlis Perkahwinan Zulkarnain & Norhaslinda

Event : Majlis Perkahwinan Zulkarnain & Norhaslinda
Date : 12 Jun 2010
Time : 10.00 am - 5.00 pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : En. Zul
Synopsis : Pada 12 Jun 2010 lalu, RHSM Crew bersama-sama warga kerja Permata Wajar bersatu hati mengendalikan majlis perkahwinan kedua-dua mempelai ini. Kami semua berharap pengantin berpuas hati dengan hasil kerja dan layanan yang telah kami berikan. Selamat Pengantin Baru.

Majlis Perkahwinan Aizua & Syed Hawarizmi

Event : Majlis Perkahwinan Aizua & Syed Hawarizmi
Date : 6 Jun 2010
Time : 10.00 am - 5.00 pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Abdullah
Synopsis : Majlis seterusnya yang dikendalikan oleh RHSM ialah pada 6 Jun 2010. Di majlis perkahwinan kedua-dua mempelai ini menyaksikan sessi karaoke seorang 'Uncle' yang sangat dahsyat. Hahaha!! Memang layan uncle. Anyway, Selamat Pengantin Baru kepada pengantin dan selamat maju jaya kepada bapa saudara pengantin (uncle). Yeah!!

Tuesday, July 20, 2010

Majlis Perkahwinan Febliman & Suliana

Event : Majlis Perkahwinan Febliman & Suliana
Date : 5 Jun 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Suliana
Synopsis : Tarikh keramat 05062010, menyaksikan RHSM beroperasi di Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang menjayakan majlis perkahwinan Febliman & Suliana. Majlis yang meriah diserikan senarai lagu yang kami sajikan kepada semua. Tahniah buat pengantin dari RHSM Crew. Selamat Pengantin Baru kami ucapkan.

Farewell Party Sekolah Menengah Taman Melawati

Event : Farewell Party Sekolah Menengah Taman Melawati
Date : 2 Jun 2010
Time : 8.00pm - 11.00pm
Location : Sekolah Menengah Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Makan Malam (Dinner)
Customer : Cikgu Erin
Synopsis : Untuk edisi kali ini, RHSM Crew mengendalikan 'Farewell Party' di Sekolah Menengah Taman Melawati, Ulu Kelang. Beberapa acara yang menarik telah dilangsungkan seperti games dan karaoke. Semoga keceriaan yang dibawakan oleh RHSM meninggalkan kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh mereka. Tahniah!

Monday, July 19, 2010

Majlis Perkahwinan Aman & Izyan

Event : Majlis Perkahwinan Aman & Izyan
Date : 28-29 Mei 2010
Time : 8.00 pm - 12.00 am / 10.00 am – 5.00 pm
Location : Port Dickson, Negeri Sembilan
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Pak Lang Ajak
Synopsis : Sejarah RHSM makin bertambah apabila mengendalikan majlis perkahwinan Aman & Izyan di Port Dickson, Negeri Sembilan di mana mencatat jelajahan terjauh RHSM mencari rezeki. Ini adalah majlis perkahwinan sanak saudara RHSM sendiri yang mana dihadiri sahabat handai serta saudara mara yang terdekat. Meriah sungguh!

Majlis Perkahwinan Shazana

Event : Majlis Perkahwinan Shazana
Date : 22 Mei 2010
Time : 8.00 pm - 12.00 am
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Shazana
Synopsis : : Sekali lagi kakitangan Permata Wajar dan RHSM Crew mengendalikan majlis perkahwinan di waktu malam di Dewan Prima LJT. Perkahwinan yang diiringi Live Band berbakat dan ditambah dengan kejutan sambutan hari lahir kepada ibu pengantin memeriahkan suasana malam itu.

Majlis Perkahwinan Shameen

Event : Majlis Perkahwinan Shameen
Date : 15 Mei 2010
Time : 8.00 pm - 12.00 am
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Fatimah
Synopsis : Tanggal 15 Mei menyaksikan pihak Permata Wajar kali pertama mengendalikan majlis perkahwinan pada malam hari. RHSM juga secara tidak langsung bersama membantu menjayakan majlis yang penuh warna-warni ini. Selamat Pengantin Baru kepada pengantin dari kami.

Don Miklo sebagai Emcee pada malam itu dan dibantu oleh
Joe sebagai Sound Technician

Berseri-seri pengantin bila disandingkan

Acara memotong kek diiringi alunan lagu kegemaran
mereka berdua

Saudara Fahmi pon datang. Wah!!

Friday, July 16, 2010

Majlis Perkahwinan Lian Iskandar & Nurul Hidayah

Event : Majlis Perkahwinan Lian Iskandar & Nurul Hidayah
Date : 8 Mei 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Lian Iskandar
Synopsis : Kali ini, RHSM Crew beroperasi menjayakan majlis raja sehari saudara Lian Iskandar & Nurul Hidayah di Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang. Majlis berjalan penuh meriah dan tersusun. Semoga jodoh kedua mempelai akan terus kekal hingga ke anak cucu. Insya Allah.

Joe RHSM sibuk berbincang dengan pihak pengantin
mengenai aturcara majlis

Emcee yang bertugas dengan penuh jayanya

Live Band yang menemani majlis dengan penuh cerianya

Pasangan pengantin Lian Iskandar & Nurul Hidayah yang
sungguh comel!

KehadiranY.A.B Dato Seri Rais Yatim menyerikan majlis
yang gilang gemilang ini

Ini 'Dato' ni bai!! Jangan main giler!

Majlis Anugerah Pemenang Ana Edar

Event : Majlis Anugerah Pemenang Ana Edar Sdn. Bhd.
Date : 1 Mei 2010
Time : 10.00am - 4.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Anugerah (Award Ceremony)
Customer : Ana Edar Sdn. Bhd.
Synopsis : Kali ini RHSM Crew bersama-sama kakitangan Permata Wajar bertungkus lumus menyelenggara majlis anugera buat syarikat barangan halal terkenal Malaysia, Ana Edar Sdn. Bhd. Tahniah kepada semua pemenang dan semoga Ana Edar Sdn. Bhd. semakin maju untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeluar barangan halal terkenal di dunia. Amin.

Majlis Anugerah Pelajar Sekolah Menengah Taman Melawati

Event : Majlis Anugerah Pelajar Sekolah Menengah Taman Melawati
Date : 17 April 2010
Time : 10.00am - 4.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Anugerah (Awards Ceremony)
Customer : Sekolah Menengah Taman Melawati
Synopsis : RHSM Crew bersama-sama kakitangan Permata Wajar membantu menjayakan Majlis Anugerah Pelajar Sekolah Menengah Taman Melawati. Tahniah kepada pelajar-pelajar Sekolah Menegah Taman Melawati yang berjaya menerima anugerah cemerlang dalam pelajaran mereka. Semoga ini akan menjadi pembakar semangat untuk mereka lebih maju di masa hadapan.

Majlis Perkahwinan Nurfazlina & Mohd Anazzairy

Event : Majlis Perkahwinan Nurfazlina & Mohd Anazzairy
Date : 24 April 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Nurfazlina
Synopsis : Kali ini, RHSM Crew beroperasi menjayakan majlis raja sehari Mohd Anazzairy dan pasangannya Nurfazlina di Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang. Majlis berjalan penuh meriah dan tersusun. Semoga jodoh kedua mempelai akan terus kekal hingga ke anak cucu. Insya Allah.

Ads4buck Speech Fiesta

Event : Ads4buck Speech Fiesta
Date : 4 April 2010
Time : 11.00am - 1.00am
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Seminar (Course)
Customer : En. Hazri
Synopsis : Kali ini RHSM Crew bersama-sama kakitangan Permata Wajar bertungkus lumus menyelenggara seminar anjuran program multilevel terkenal Malaysia, Ads4buck. Seminar yang dihadiri ahli-ahli Ads4buck dipenuhi dengan kata-kata semangat dalam meneruskan perjuangan mereka di dalam perniagaan.

Majlis Perkahwinan Rahimah & Zulkarnain

Event : Majlis Perkahwinan Rahimah & Zulkarnain
Date : 14 Mac 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Pn. Rozah
Synopsis : RHSM sekali lagi bersama-sama dengan krew Dewan Prima LJT mengelolakan Majlis Perkahwinan Rahimah & Zulkarnain. Semoga kekal ke anak cucu, Insya Allah..

Manis sungguh kedua-dua pengantin
Rahimah & Zulkarnain

Gembira menyambut saat bahagia berdua. Alhamdulillah..

Majlis Perkahwinan Saheera & Syahril

Event : Majlis Perkahwinan Saheera & Syahril
Date : 22 November 2009
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Abd. Rahman
Synopsis : RHSM sekali lagi bersama-sama dengan krew Dewan Prima LJT mengelolakan Majlis Perkahwinan Saheera & Syahril. Semoga kekal ke anak cucu, Insya Allah..

Majlis Perkahwinan Muhammad Aiman Farhan Bin Murza & Cintashafiyana Binti Abdul Hail

Event : Majlis Perkahwinan Muhammad Aiman Farhan Bin Murza &
Cintashafiyana Binti Abdul Hail
Date : 13 Mac 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Pn. Norhayati
Synopsis : 13 Mac 2010 menjadi saksi kolaborasi antara kakitangan Dewan Prima LJT dan RHSM Crew menjayakan majlis perkahwinan Muhammad Aiman Farhan Bin Murza &
Cintashafiyana Binti Abdul Hail. Untuk pengetahuan semua, ini adalah majlis perkahwinan anak perempuan kesayangan kepada penyanyi terkenal tanah air kita, Abang Hail Amir. Tahniah buat Abang Hail Amir!! dan susah semestinya Akak Uji Rashid kita akan hadir untuk menghadiri dan segaligus menyampaikan lagu buat pengantin. Pak Lah dan beberapa artis terkenal tanah air juga hadir memeriahkan majlis yang indah ini. Yeah!


Pasangan Pengantin Yang Dirai
Muhammad Aiman Farhan Bin Murza & Cintashafiyana Binti Abdul Hail

Pak Lah hadir menepung tawar kedua-dua pengantin.
Bertuah sungguh!


Akak Uji Rashid semestinya menyampaikan lagu buat pengantin

Ya!! Siapa yang tak kenal dengan Hero Melaya ni??

Live Band yang bertungkus lumus mengiringi majlis ini dengan jayanya

Bapa pengantin, Abang Hail Amir sudah pasti menyumbangkan
suara untuk anak tersayang

Juga turut hadir, komposer terkenal Ahmad Nawab

Roundhill Crew, Joe sempat bergambar bersama Abang Hail Amir.
Hik! Hik! Hik!

Lama Betul Tak 'Update'

Salam Satu Malaysia buat semua,

Memang agak lama RSHM tak 'update' dengan info-info terkini dalam satu jangkamasa yang agak panjang. Mungkin ada dikalangan yang berada diluar sana merindui kami di sini. Heee... Maaf Ya!..
Ini semua adalah disebabkan kesibukan kami menjalankan serta meraikan majlis-majlis yang telah menjemput kami selama ini. Untuk 'update' kali ini, kami akan cuba berkongsi segala usaha dan titik peluh kami sebelum kami bergelar 'setahun jagung'

Yang Ikhlas,
RHSM Crew

Friday, February 5, 2010

Majlis Perkahwinan Dr Wan Ashraff Bin Wan Zaidi & Nordelaila Bt Nordin

Event : Majlis Perkahwinan Dr Wan Ashraff Bin Wan Zaidi & Nordelaila Bt Nordin
Date : 31 Januari 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Pn. Halimatun
Synopsis : Kali ini, RHSM Crew beroperasi menjayakan majlis raja sehari Dr Wan Ashraff Bin Wan Zaidi dan pasangannya Nordelaila Bt Nordin di Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang. Majlis berjalan penuh meriah dan tersusun. Semoga jodoh kedua mempelai akan terus kekal hingga ke anak cucu. Insya Allah.

Pasangan Raja Sehari Dr Wan Ashraff Bin Wan Zaidi & Nordelaila Bt Nordin

"La bro, takkan nak pasangan lagu Gangster Paradise lak. Lek la bai."

Semoga Allah memelihara jodoh kedua pasangan mempelai

Majlis Perkahwinan Suffian & Syazwani

Event : Majlis Perkahwinan Suffian & Syazwani
Date : 2 Januari 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Shahabudin
Synopsis : Tarikh keramat 02012010, menyaksikan RHSM beroperasi di Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang menjayakan majlis perkahwinan Suffian & Syazwani. Majlis yang meriah diserikan dengan persembahan tarian dan cak lempong amat menarik perhatian ramai. Tahniah buat pengantin dari RHSM Crew. Selamat Pengantin Baru.

Sessi setup bersama team Cak Lempong

Persembahan Silat buat Raja Sehari Suffian & Syazwani

Persembahan Cak Lempong

Persembahan tarian khusus buat pengantin dan para jemputan

Majlis makan beradap pasangan pengantin.
Selamat Pengantin Baru dari RHSM Crew.

Majlis Perkahwinan Ismahanim & Tajul

Event : Majlis Perkahwinan Ismahanim & Tajul
Date : 1 Januari 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Hj. Idris Pain
Synopsis : Ini adalah majlis pembukaan operasi bagi RHSM untuk tahun 2010. Majlis yang berlangsung di Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang berjalan tenang hasil campurtangan dan kerjasama dari pihak Dewan Prima LJT dan pihak keluarga. Semoga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke anak cucu.

Pasangan pengantin pada tanggal 1/1/2010, Hanim & Tajul

RHSM Crew yang pulun bekerja di awal tahun baru, Joe & Don

Persiapan persandingan dari Dewan Prima LJT

Yan Desa Pandan pun ader? Shuffle la Yan!

Thursday, February 4, 2010

RHSM Promo 2010

notakaki : sebarkan kat semua kenalan dan sahabat handai yer. Hehehe ;p

Tuesday, February 2, 2010

Selamat Tahun Baru

Setelah bergerak selama 4 bulan, RoundHill Sound Machine menutup tirai tahun 2009 dengan penuh rasa syukur dan bangga dengan pencapaiaan yang telah dilalui. Walaupun ibarat kanak-kanak yang baru sahaja belajar bertatih, usia 4 bulan ini banyak mengajar dan memberi kami pengalaman yang cukup bermakna sepanjang mengusahakan perniagaan ini. Sesungguhnya kami mengakui yang banyak kekurangan dan pembelajaran yang perlu kami timba lagi untuk masa hadapan. Semoga tahun baru akan memberi makna yang lebih dan rezeki yang melimpah ruah buat kami. Insya Allah. Di sini juga kami ingin memohon kemaafan yang tidak terperi kepada sesiapa sahaja di luar sana sekiranya berlaku ketelanjuran atau kesilapan semasa kami melakukan aktiviti perniagaan ini. Wassalam dan Selamat Tahun Baru 2010.

Ikhlas,
RoundHill Sound Machine

Kredit Buat Yan Desa Pandan

notakaki : terima kaseh dan kredit kepada Yan Desa Pandan yang tak jemu menyokong

Majlis Persaraan Hajah Aida Bt Yusof

Event : Majlis Persaraan Hajah Aida Bt Yusof
Date : 29 Disember 2009
Time : 5.00pm - 12.00am
Location : Villa Garden, Felda Jalan Semarak
Type of Event : Majlis Makan Malam (Dinner)
Customer : Bahagian Tanam Semula & Perladangan (RISDA)
Synopsis : Kali ini RHSM Crew mengelolakan majlis persaraan Hajah Aida Bt Yusof dari Bahagian Tanam Semula & Perladangan (Risda). Majlis makan malam di Villa Garden, Felda Jalan Semarak ini untuk menghargai jasa baik Hajah Aida yang telah lama berkhidmat dengan RISDA. Selamat Maju Jaya dari kami.

Tetamu yang menghadiri Majlis Persaraan di Villa Garden, Felda Jalan Semarak

RHSM Crew yang bertugas, Don & Joe. Ehh!! Cik Atan pon ader??

Ucapan daripada Hajah Aida Bt Yusof

Don selaku Deejay pada malam tersebut. Cheeiitt!!

Majlis Perkahwinan Mohd Ridzuan Abd Ghaffur & Nabilah Ahmad Po'ad

Event : Majlis Perkahwinan Mohd Ridzuan Abd Ghaffur & Nabilah Ahmad Po'ad
Date : 20 Disember 2009
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Mokhtar (Yusuf)
Synopsis : Sekali lagi RHSM Crew berkolabrasi dengan Dewan Prima LJT Crew menjayakan majlis perkahwinan di antara Mohd Ridzuan Abd Ghaffur dan pasangannya Nabilah Ahmad Po'ad. Majlis yang berjalan dengan lancar dan teratur menghangatkan lagi hari bahagia pengantin dan kedua-dua belah pihak keluarga. Selamat Pengantin Baru dari kami, RHSM Crew.

Pelamin yang indah tersedia buat pasangan pengantin
Mohd Ridzuan Abd Ghaffur & Nabilah Ahmad Po'ad

"Ku Sempurnakan Majlis Mu"
Dewan Prima LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang

Bergambar je kejenyer ni. Kerja! Kerja!

Majlis Perkahwinan Mohd Hafiz & Irdarahayu

Event : Majlis Perkahwinan Mohd Hafiz & Irdarahayu
Date : 13 Disember 2009
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Dewan Komuniti Bandar Tun Razak
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Hafiz
Synopsis : Pada hari ini, Dewan Komuniti Bandar Tun Razak menyaksikan hari bahagia buat Mohd Hafiz & Irdarahayu sebagai sepasang suami isteri. RHSM Crew yang terlibat dalam majlis perkahwinan ini mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua mempelai. Kredit juga diberikan kepada saudara Eddy Algojo kerana terlibat dalam usaha urus niaga di antara pengantin dan RHSM Crew. Terima kasih kami ucapkan.

Dewan Komuniti Bandar Tun Razak menyaksikan hari bahagia
Mohd Hafiz & Irdarahayu

RSHM Crew : Ejat & Joe

Eddy Algojo menyampaikan lagu buat pengantin

Seronok betul M.Nasir wannabe ni menyanyi ;p

Dewan Komuniti ni ader WI-FI, jom la layan Blog RHSM..

Majlis Perkahwinan Mohd Fazly Bin Abd Rahim & Norazimah Bt Abdul Aziz

Event : Majlis Perkahwinan Mohd Fazly Bin Abd Rahim & Norazimah Bt Abdul Aziz
Date : 12 Disember 2009
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Flat Sri Perlis, Dato Keramat
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : En. Rahim
Synopsis : Majlis yang berlangsung di Flat Sri Perlis, Dato Keramat menyaksikan hari indah antara Mohd Fazly Bin Abd Rahim & Norazimah Bt Abdul Aziz sambil diiringi oleh RHSM Crew dengan irama-irama yang membangkitkan seri majlis.

Don yang memang sentiasa sibuk melakukan 'hardware setup'

RHSM Crew yang bertugas Joe & Don

The next resident artist RHSM, Firas dengan lagunya Wali Band - Cari Jodoh