Wednesday, September 30, 2009

Perkahwinan Johan Raja Lawak Dan Ozlyn Wati



Kami memulakan sesi permulaan perkhidmatan syarikat kami di majlis perkahwinan Johan Raja Lawak dan Ozlyn Wati pada 26 September 2009 di Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang. Di majlis ini kami telah berkolaborasi dengan saudara Dollah Cantek selaku MC pada hari yang indah itu. Majlis yang berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang telah berjalan dengan lancar. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dari kami kepada Johan dan pasangannya yang 'sempoi habis' kerana sudi menjemput kami. Begitu juga dengan Brader Dollah yang sungguh sporting berkerjasama dengan kami. Selamat Pengantin Baru kami ucapkan.


Orang kuat Roundhill Sound Machine Don Miklo & Joe

Loq yang sedang menyelenggara bunyi

Lasykar Cinta


"Testing 1,2,3 Cubaan Suara.. 1,2,3..."


Brader Dollah yang sempoi habis..


Bersemangat Brader Dollah mengacara majlis


Penyediaan karaoke untuk pengantin
'Jangan Ada Dusta Antara Kita - Johan & Ozlyn'


Set karaoke untuk tetamu yang hadir


Brader Dollah pun turut tumpang sekaki..


Rakan artis yang hadir


Bergambar bersama Iqram Dinzly.. Sempoi la brader..


Kenangan bersama Brader Dollah Cantek


Roundhill Sound Machine Crew dan pasangan pengantin Johan & Ozlyn
(dari kiri : Loq, Don Miklo, King, Joe)

Roundhill Gear


"Jika Tuah Dengan Taming Sarinya
Roundhill Sound Machine Ada Juga Senjatanya..."

notakaki : segala persiapan gear adalah hakcipta Roundhill Sound Machine hehehe..

Cubaan Pertama


Alhamdulillah.. percubaan pertama kami untuk menubuhkan sebuah syarikat berteraskan perkhidmatan PA sistem telah berjaya dengan jayanya. Penubuhan ini adalah hasil usaha bersama kami adik beradik dan ahli keluarga yang tersayang. Semoga tuhan memberkati penubuhan syarikat ini dan kami pohon rezeki yang melimpah ruah dariNya supaya dapat kami meneruskan usaha bagi memajukan syarikat ini. Kami juga berharap sokongan dari anda semua untuk memberi kami peluang membuktikan kemampuan kami menjayakan majlis anda. InsyaAllah..