Thursday, August 19, 2010

Majlis Perkahwinan Noor Syahira & Ahmad Fadzil

Event : Majlis Perkahwinan Noor Syahira & Ahmad Fadzil
Date : 18 Julai 2010
Time : 10.00 am - 5.00 pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Shan Suleiman
Synopsis : Pada 8 Julai 2010 lalu, RHSM Crew bersama-sama warga kerja Permata Wajar bersatu hati mengendalikan majlis perkahwinan kedua-dua mempelai ini. Kami semua berharap pengantin berpuas hati dengan hasil kerja dan layanan yang telah kami berikan. Selamat Pengantin Baru.

Majlis Perkahwinan Hafiz

Event : Majlis Perkahwinan Hafiz
Date : 17 Julai 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Dato' Keramat
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Syam
Synopsis : Tahniah kepada Hafiz yang merupakan rakan se'futsal' kami kerana melangsungkan perkahwinan pada 17 Julai 2010 yang lalu. RHSM Crew tidak mengecewakan semua apabila bertindak mengawal majlis yang penuh keceriaan ini. Majlis yang menyajikan alunan suara pengantin yang sangat comel berkaraoke bersama-sama. Tidak lupa juga sahabat handai yang datang juga bersama-sama menyumbangkan suara mereka. Tahniah kepada pasangan pengantin dari kami, tidak lupa juga kepada sahabat handai yang berhempas pulas menyerikan majlis ini. Selamat Pengantin Baru.

Wednesday, August 18, 2010

Grand Finale Idola Bola 2010 Safwa & Santai Bola Bersama Menteri Belia dan Sukan

Event : Grand Finale Idola Bola 2010 Safwa & Santai Bola Bersama Menteri Belia dan Sukan
Date : 11 Julai 2010
Time : 6.00pm - 6.00am
Location : D'Litar Ampang
Type of Event : World Cup Fiesta
Customer : Syah
Synopsis : Sejarah RHSM bertambah kali ini apabila ditugaskan untuk mengendalikan sistem audio dan mengacarakan pertandingan bola Freestyler sempena malam perlawanan akhir bola sepak World Cup 2010. Dengan berbaju Barcelona menandakan sokongan kepada pasukan Sepanyol, RHSM crew mengawal suasana sepanjang malam bersejarah buat bola sepak ini. Pelbagai acara diatur untuk memeriahkan malam tersebut antaranya pertandingan bola freestyler, kuiz bola sepak, persembahan daripada Ali XPDC/Terrarossa/Empire, persembahan Shuffle dan ucapan dari Menteri Belia & Sukan, Y.A.B Dato' Ahmad Shabery Cheek. Kepuasan memang terpancar di riak muka RHSM crew sepanjang program dijalankan. Semoga kami akan diberi peluang seperti ini lagi untuk mengendalikan program-program seperti ini. Insya Allah..

Majlis Perkahwinan Yati

Event : Majlis Perkahwinan Yati
Date : 10 Julai 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Dewan Wisma Sejarah
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Yati PKNS
Synopsis : Majlis perkahwinan yang menjemput RHSM Crew kali ini dilangsungkan di Dewan Wisma Sejarah, Kuala Lumpur. Majlis yang diserikan dengan persembahan 'Sword Barrel' dari pasukan PDRM khas untuk pengantin lelaki yang merupakan seorang anggota polis. Indah sungguh majlis yang dilangsungkan ditambahkan lagi dengan kek yang sangat cantik. Selamat Pengantin Baru buat kedua-dua pasangan pengantin.

Tuesday, August 17, 2010

RCE Capital Berhad Seminar Part 2

Event : RCE Capital Berhad Seminar Part 2
Date : 5 Julai 2010
Time : 9.00am - 5.00pm
Location : Bangunan AmAssurance, Jalan Lumut, Kuala Lumpur
Type of Event : Seminar (Course)
Customer : RCE Capital Berhad
Synopsis : Seminar kedua dijalankan RCE Capital Berhad dan dibantu oleh RHSM Crew. Semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. Alhamdulillah..

Majlis Perkahwinan Nurul Izza & Nu'man

Event : Majlis Perkahwinan Nurul Izza & Nu'man
Date : 3 Julai 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Mohd Zaki
Synopsis : Tanpa mengira penat lelah menjalani tanggungjawab harian, RHSM Crew dengan penuh dedikasinya menjalankan tanggunjawab menyerikan majlis perkahwinan Nurul Izza dan pasangannya Nu'man di Dewan Prima LJT. Di harap dengan kehadiran kami majlis kedua-dua pengantin ini bertambah meriah dengan alunan irama yang telah kami susun untuk mereka. Selamat Pengantin Baru.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JUPEM '09

Event : Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JUPEM '09
Date : 30 Jun & 1 Julai 2010
Time : 8.00am - 2.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Anugerah (Awards Ceremony)
Customer : JUPEM
Synopsis : RHSM Crew bersama-sama kakitangan Permata Wajar membantu menjayakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JUPEM untuk sesi 2009. Tahniah kepada kakitangan JUPEM yang berjaya menerima anugerah cemerlang dalam kerjaya mereka. Semoga ini akan menjadi pembakar semangat untuk mereka lebih maju di masa hadapan.

RCE Capital Berhad Seminar Part 1

Event : RCE Capital Berhad Seminar Part 1
Date : 28 Jun 2010
Time : 9.00am - 5.00pm
Location : Bangunan AmAssurance, Jalan Lumut, Kuala Lumpur
Type of Event : Seminar (Course)
Customer : RCE Capital Berhad
Synopsis : Kali ini, RHSM membantu RCE Capital Berhad untuk menjalani seminar syarikat mereka. Dengan sistem PA yang lengkap dari RHSM, seminar RCE Capital Berhad dapat berjalan dengan lancar dan jelas. Tahniah.

Thursday, August 12, 2010

Majlis Perkahwinan Puteri Shanaz & Wan Adri Hisham

Event : Majlis Perkahwinan Puteri Shanaz & Wan Adri Hisham
Date : 27 Jun 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Puteri Shanaz
Synopsis : Untuk majlis perkahwinan kali ini menyaksikan atucara majlis yang diiringi kumpulan nasyid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Alun suara penyanyi yang memuji-muji kehebatan Allah S.W.T tidak dapat disangkal lagi. Semoga perkahwinan kedua-dua mempelai mendapat keberkatan dari yang Maha Esa. Insya Allah..

Majlis Perkahwinan Mohd Rasydan & Noor Liyana

Event : Majlis Perkahwinan Mohd Rasydan & Noor Liyana
Date : 26 Jun 2010
Time : 10.00am - 5.00pm
Location : Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang
Type of Event : Majlis Perkahwinan (Wedding)
Customer : Mohd Rasydan
Synopsis : Majlis perkahwinan kedua-dua mempelai ini menyaksikan persembahan pengantin lelaki menyanyikan lagu 'Biar Bulan Bicara' buat isterinya yang baru sahaja dinikahi. Romantik sungguh. Tapi jangan lupa, ayahanda mereka juga tanpa segan silu menyampaikan lagu buat kedua-dua pengantin. Tahniah juga buat keluarga pengantin ini, di mana semuanya mampu menyanyikan lagu karaoke dengan baik sekali. Tambahan lagi kepada adik perempuan pengantin kita, dah macam Siti Nurhaliza dah. Heee.. Selamat Pengantin Baru dari kami. Semoga kekal ke anak cucu. Insya Allah..